SEKOLAH INI DIASASKAN OLEH ALLAHYARHAM KK MD. YASSIN BIN HJ. GHANI BERSAMA BEBERAPA ORANG PENDUDUK KAMPUNG INANAM LAUT. PERMOHONAN PEMBINAAN SEKOLAH INI TELAH DIKEMUKAKAN SEJAK TAHUN 60-AN LAGI TETAPI DISEBABKAN OLEH KERANA BELUM ADA TAPAK YANG SESUAI MAKA PEMBINAAN TELAH DITANGGUHKAN.
PEMBINAAN SEKOLAH INI TELAH DIMULAKAN PADA PERTENGAHAN TAHUN 1979 DAN TELAH DAPAT DISIAPKAN PADA AKHIR TAHUN 1981. SEKOLAH INI TELAH DIDIRIKAN DI TAPAK SELUAS 3.32 EKAR DAN TERLETAK DI PERTENGAHAN KAMPUNG INANAM LAUT DALAM DAERAH KOTA KINABALU. JARAK SEKOLAH INI DARI KOTA KINABALU IALAH LEBIH KURANG 10 KM DAN 0.5 KM DARI PEKAN INANAM. TERDIRI DARIPADA SEBUAH BANGUNAN DUA TINGKAT YANG BOLEH MENAMPUNG 10 BUAH BILIK DARJAH, SATU BILIK PUSAT SUMBER, SATU BUAH BILIK GERAKAN, SATU BUAH BILIK GURU BESAR, SEBUAH PEJABAT AM, SEBUAH BILIK GURU DAN BEBERAPA BILIK YANG TERPAKSA DIUBAH SUAI UNTUK MENGATASI KEKURANGAN. SEKOLAH INI MEMPUNYAI SEBUAH FLAT GURU IAIATU SEBUAH BANGUNAN EMPAT TINGKAT DAN DUA BUAH RUMAH KAYU.
SEKOLAH INI MULA DIBUKA UNTUK BEROPERASI PADA AWAL TAHUN 1982 DENGAN JUMALAH MURID SERAMAI 133 ORANG SAHAJA. SEBELUM INI KANAK-KANAK DI SEKITAR INANAM LAUT BERSEKOLAH DI SRK ST. CATHRINE INANAM SK. LIKAS, SK. DARAU MENGGATAL DAN SEKOLAH-SEKOLAH YANG BERDEKATAN. BERMULA DENGAN JUMLAH SERAMAI 133 ORANG MURID DAN 4 BUAH KELAS, PERKEMBANGAN PESAT BERLAKU DARI SEGI PERTAMBAHAN MURID DARI SETAHUN KE SETAHUN DAN AKHIRNYA PADA TAHUN 1987 SEKOLAH INI TELAH MENGADAKAN DUA SESI PERSEKOLAH IAITU PAGI DAN PETANG.
KINI PADA TAHUN 2007 SEKOLAH INI MEMPUNYAI 25 BUAH KELAS (SESI PAGI DAN PETANG) DENGAN JUMLAH MURID SERAMAI 950 ORANG, 52 ORANG GURU DAN 5 ORANG ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN, SEBUAH PRA SEKOLAH TELAH BEROPREASI PADA TAHUN 2006 DENGAN JUMLAH MURID SERAMAI 25 ORANG.
Khamis, 23 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Terima kasih kepada mereka yang telah menerbitkan artikal mengenai SK Inanam Laut, Inanam. Saya adalah cucu pertama kepada Allahyarham KK Md Yassin bin Haji Ghani ( Pengasas Penubuhan Sekolah tersebut ). Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman di sisi Allah SWT. Saya juga adalah di antara murid sekolah yang terawal sekali masuk ke sekolah ini ketika ianya dibuka pada tahun 1982 di mana kami seramai 20 orang sahaja ketika itu (10 lelaki dan 10 perempuan ) dalam darjah 6. Sebelum itu kami bersekolah di SK St. Cathrine, Inanam (Sebahagiàn saja) yg lain adalah daripada Sekolah2 yang berdekatan. Bila diingatkan kembali kenangan di sekolah tersebut, terutamanya ketika pertandingan sukan bolasepak antara sekolah2 sekitar kota kinabalu. Bermain di padang SK Inanam Laut ketika itu merupakan satu mala petaka buat pasukan lawan kerana sekolah saya tidak pernah tewas. Di ingatkan kembali keadaan padang tersebut yang seakan akan sawah padi akibat terlalu kerap digunakan tidak kira cuaca hujan mahupun panas. Kini sekolah tersebut telah pesat membangun dengan pembaikpulih keseluruhan kawasan dan bangunan tersebut akibat kesan daripada gegaran bumi yang berlaku dalam tahun 2014. Itulah sebahagian daripada sejarah SK Inanam Laut yang dapat saya kongsikan bersama. Terima kasih.
BalasPadam